Wednesday, January 4, 2012

lelaki tak boleh pakai suasa?

kenapa? 
 bukan emas je ke? 
                              rasanya kalau siket takpe kan?    
                              eh, yeke?!
   
first, apa itu suasa??
suasa ialah campuran tembaga + perak + emas
        
okay, saya ada baca dengan penuh minat dan teliti kat page Ilmu dan Ulamak.
dari pembacaan tu, dapat disimpulkan beberapa perkara.

1- Dah tentu-tentu lelaki tak boleh pakai EMAS
2- EMAS tetap EMAS walaupun warnanya sudah bertukar. which is EMAS PUTIH.
3- Lelaki boleh pakai suasa yang contained 1/3 emas saja (34 % dan kebawah). 
TU PUN KALAU
hukum haruskalau kandungan emas tu tak dapat dipisahkan lagi dari suasa tu. kalau lebur ke apa, still takleh pisah, so...tak lagi dinamakan EMAS-
hukum haram : kalau kandungan emas dalam suasa boleh dipisahkan, so still namanya emas!

TAPIIII...
kalau korang kan, korang nak gi test ke suasa yg korang beli tu? nak gi lebur kan then tengok leh asing ke tak? huuu~ macam mustahil je kan.

  "Meminjam pandangan mazhab Maliki yang menetapkan kadar campuran emas 1/3 ke bawah sebagai berada dalam lingkungan sedikit. Menurut ulamak-ulamak mutaakhir mazhab Maliki (dalam masalah percampuran emas dan perak); jika kadar emas melebihi 1/3, haram lelaki memakainya. Jika kadarnya 1/3 ke bawah, tidak haram lelaki memakainya, akan tetapi dimakruhkan.  (Lihat; Minah al-Jalil Syarh Mukhtasar Khalil (1/58), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)) "



JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)
SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samadaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."
Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

OKAY, saya pun dah keliru, tapi tu be save, memang kene btol2 beware, kalau tak, tak pasal2 hari2 dapat dosa (mcm la sy lelaki kan =P)

so nak kawen ni, beli silver je lah...
lagi pun, tak ramai lelaki yang kesah pasal cincin ni ;)
btol tak....
untuk para pengantin perempuan, take note yea,
jangan bagi dosa kat laki kite lak dgn belikan cincin suasa yg kite pun lum tahu kandungannya....
cincin silver better :)

    wawai : sorry kalau tak dapat membantu dangan info-info ini :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)