Saturday, January 14, 2012

Borang kawen, kadi, saksi n so on~





assalamualaikum semua :)
atas permintaan seorang teman, kali ni saya buat entry pasal urusan kawen
1- surat permohonan kawen lelaki dan perempuan,
2- tok kadi,
3- upah kawen
4- upah saksi

okay first pasal surat permohonan kawen. semua yg dicerita ni mengikut mgalaman sy sendiri la~
pihak lelaki akan pergi isi borang apply kawen dulu. perlukan 2 orang saksi untuk lengkapkan borang tu. sesiapa boleh jadi saksi, asalkan lelaki, waras, cukup umur dan org yang boleh dipercayai ibadahnya ;)
kalau pengantin lelaki tu berkahwin dengan wanita dr daerah lain, so kene lah isi borang kebenaran kahwin luar daerah. kalau sama daerah, still kene apply juga, tp apply yang kebenaran perkahwinan sahaja.
so... isi laaaa... then hantar ke pejabat agama :) dalam masa sehari je dah boleh dapat balik rasanya...

skali dengan borang tu, kene compile sekali IC photostat pengantin lelaki, IC saksi 2 orang, sijil kursus kahwin, dan HIV test form.
so borang belah lelaki, org2 yang terlibat ialah :
1- pengantin lelaki
2- saksi 1

3- saksi 2

lepas dapat kelulusan borang pihak lelaki punya, baru lah isi yang permpuan punya... ada tandatangan wali skali..  tapi nanti kene ambik tandatangan tok kadi tempat korang...
so, pergi lah hantar borang yang lengkap dengan detail pengantin perempuan, wali, tok kadi tempat, ic pengantin perempuan, IC wali, Salinan sijil kursus kawen, HIV form yang dah check...

hantar ke pejabat agama daerah tempat korang nak kawen....

so borang belah perempuan, org2 yang terlibat ialah :
1- pengantin perempuan
2- wali

3- kadi


upah kawen
korang tahu tak yang kite kene bayar upah kawen? kat Kelantan rm 113 (klo x silap). biasanya duit tu dibayar oleh pihak lelaki. letak lam sampul, then hulur kat tok kadi.... kalao korang x tahu lagi, so leh take note yea :))

upah saksi
saksi perkahwinan ada 2 orang. biasanya orang yang kadi dah pilih... orang masjid katanya :)
so, ikut adat kita, pihak lelaki jugak kene hulur sedekah siket sbgai buah tangan dekat saksi ni....
samalah, letak dalam sampul. kakak saya dlu, hulur rm20 dalam angpau raya... ;)


wawai : okay all.. selamat isi borang ;) hope dapat membantu korang. hihi...
hope korang dapat visit my guestbook ;)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)