Monday, November 25, 2013

cerita di blog tak sama dengan cerita di FB

salam semua.
ramai tak kat sini yang macam wawai... yang rasa cerita di blog lebih menenangkan hati dari cerita di FB.
first.. di blog, tak ramai yang kenal kita, means yang jumpa kita hari2.. honestly, kawan2 wawai rasanya xde yang follow wawai :P. tapi berbeza di FB. apa kita cerita, kawan2 terdekat yang hari2 jumpa tu pon tahu cerita kita.

setakat ni, wawai tak pernah lagi kongsi berita wawai got pregnant kat FB. kawan2 tak tahu, selain kawan2 office, bff...

kadang2 ada yg x puas hati ngan kita... pasal pregnancy, ada yg post pasal gambar scan baby la..ada yang post pasal air ketuban..owh no.. bla bla... ada yg boleh pk positif, ada yang cakap..."tu pon nak post keeeewww".. okay, mulut orang kan... so, wawai pon takut orang pk benda sama.

so, wawai pilih nak share di blog wawai je. coz kat sini, wawai ada kawan2 yang wawai tak kenal, tapi tetap positif untuk wawai :) lagi pun, blog ni macam diari..open diary yang nanti2 kite boleh baca...sweet gitttuuuuw.

esok, wawai nak gi check-up, tak sabar nak tengok baby dalam perut bonda ni. sihat ke dia... sekarang ni kerap kali bergerak...dah rasa dia ubah position. hari ni, baby dah hampir 11cm panjang, semoga makin besar ye buah hati bonda :)

3 comments:

Sharz said...

cerita dekat fb memang kadang2 dah bosan..tapi kalau baca blog banyak info berguna yg kite boleh dapat.. :)

wawaiyus said...

btol tu sharz :) lagi pun, kat blog ni, boleh crite panjang lebar..

cik mah said...

Setuju...cik mah pun mcm wawai juga..slalu cerita n share di blog dr fb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)