Monday, October 21, 2013

Duhai Anak

Duhai anak yang baik,
harapan bonda agar dikau menjadi anak yang soleh, taat pada perintah agama.

Duhai anak,
sakit yang bonda lalui sekarang ini, tidak ada apa-apa dibanding dengan harapan walid dan bonda menunggu berita kehadiran mu di dalam rahim bonda ini.

Anak, bonda mengharapkan mu mengharga pengorbanan ibu dan ayah. mengandungkan mu, menangis setiap kali perut ini bergelora menahan perit muntah alahan mengandung.
setiap pagi, air mata pasti mencurah di pipi, manahan senak di perut. Bonda belum tabah dan kuat. terbaring di tilam, terkebil mata menahan sakit kepala. tak mampu berbuat apa. seluruh anggota berasa lemah. bangkitpun hanya untuk membersih diri dan solat.

anak, bonda jauh dari walidmu. bonda perlu lebih kuat walaupun terkadang terasa terlalu longlai. pabila berada dirumah kerana cuti sakit yang panjang,
terkadang ibu kesian, mengarah walid mu melayani setiap kerenah pemakanan bonda. kesian melihat walid berkoraban untuk bonda, ke sana, ke sini mencari makanan yang boleh bonda makan... membasuh pinggan mangkuk sendiri, mencuci dan menggosok pakaian sendiri.. bonda tahu itu bukanlah kerja dan rutinnya. terima kasih walid kepada anakku.

setiap hari menapak diri di tingkat 4 pejabat. bergerak ke bilik kelas untuk mengajar. terkadang pening menahan muntah. stress dan tertekan dengan kerja-kerja yang dahulunya mampu ditampung.

duhai anak soleh, membesarlah di dalam rahim bonda ini dengan baik. setiap hari bonda membaca tentang mu. apa yang kamu lakukan di dalam, sebesar manakan ukuran sizemu, apa perlumu... setiap hari ibu punya diari tentang mu, anak.

Anakku yang menghormati orang tua,
terkadang bonda malu meminta pertolongan rakan-rakan membelikan itu ini, membuatkan itu ini untuk ibu...
terkadang bonda segan, kerap kali jarang dilihat di pejabat sana...
terkadng bonda serba salah, untuk meninggalkan kerja dan mengambil cuti sakit yang lama...

Anakku, sejak usiamu 6 minggu di dalam rahim bonda, bonda pernah pitam di pejabat akibat tiada tenaga. maafkan bonda duhai anak, bonda membahayakan nyawamu di dalam.
sepanjang usiamu 10 minggu di dalam rahim ini, seban minggu bonda ditahan di hospital, dimasukkan air akibat kurang tenaga dan gula dalam badan. bonda pernah ditahan wad kerana kondisi bonda yang boleh mengancam nyawamu. maafkan bonda, anak.
teringat ketika itu, walidmu menemani bonda ketika di wad kecemasan, kemudian beralih ke wad ibu mengandung. walidmu terpaksa pulang ke kuala lumpur meninggalkan bonda keseorangan. bonda bosan, dan sunyi. tetapi bonda sangat bersyukur, setiap titis air yang masuk ke badan bonda, memberi bonda tenaga untuk disalurkan padamu. Anak, apa sahaja sanggup bonda lakukan untukmu.

Duhai anak,
hanya ibu-ibu yang pernah mengalami smua ini kan faham betapa peritnya pemulaan mengandung ini. tetapi kami gagahkan jua untuk melihat anak lahir ke dunia, tambahan pula di kau anak pertama bonda dan walid, cucu pertama, nenda.

Anakku yang baik dan berbudi pekerti,
membesarlah dengan baik. sihat lah didalam rahim ibu. jadilah anak yang baik kelak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)