Wednesday, November 2, 2011

Nilai 3, destinasi persiapan perkahwinan?


salam semua, selamat pagi.

betol ke sesetengah pendapat kata nilai 3 ni destinasi tepat untuk pasangan yang nak sediakan barang-barang perkahwinan macam goodie, bunga telur, barang hantaran, bunga2... tapi persoalannya, betol ke? jangan tak tahu, rumah saya hanya kurang 10 minit ke Nilai 3. boleh kata, nak gi Nilai 3 tu, bila-bila masa pun boleh la~. sebenarnya, barang2 kat sana mahal tau. kalau nak dibandingkan dengan barang2 kat Masjid Jamek-Semua House tu. walaupun beza 20-30 sen saja, tapi bayangkanlah bunga telur yang banyak tu... haaa, bleh beli kek secret resepilah sebijik. eheheh~ 


sejambak bunga plastik yang ada 5 kuntum bunga tu, dah rm9. yang cantik sket ada lah sampai rm19. dasyat kan? bakul pun mahal2.. kalau kat semua house 7.90, kat nilai 3 8.90. rm 1 beza, kalau beli 9 biji bakul, dah rm 9 rugi...
dulu, saya buat persiapan pertunangan, barang2 beli kat semua house. bunga-bunga pulak kat kedai 99sen. heheh, murah je, bunga satu jambak yang ada 5 kuntum tu, rm 1.99 je. sangat berbaloi sebab bunga-bunga tu pun sangat cantik, xde lah buruk pun.... nak buat persiapan kawen, bukan sehari dua.. barulah boleh berjimat dengan banyak. kalau siap awal2, dan servey tempat terbaik, sampai rm500 la boleh jimat. banyak tu! dah boleh cover oranng ambik gambar kan? ahaa...
hari ahad lepas, saya round2 nilai 3 seseorang cari ideas... cari konsep dan curi idea kedai2... nak beli takde la lagi. 


inilah nilai 3, keadaan yang lengang dan takde traffic jam. mungkin inilah faktor kenapa org suka shopping kat sini berbanding Masjid Jamek
murah pulak bakol bulat ni. rm 3.90 je~
inilah warna tema perkahwinan saya nanti. ehek.. pink menawan !
cantik kan bunga-bunga tu, dah jadi macam bola pulak..
macam-macam jenis bakul untuk jadi alas hantaran :)

macam-macam jenis ribbon!
untuk yang nak kawen hujung tahun ni... or tarikh cantik 11.11.11, selamat pengantin baru. untuk member saya, Zawanah, selamat la ek :)))

1 comment:

cik enul said...

salam..

balang kaca tuh sy beli kat puchong..balang+penutup Rm0.95..ada dua kotak, samada u nak yg 60pcs atau yg lebih kecil, dalam 20 ++ per kotak..i tak igt sgt...harga mmg dah fix, takbley kurang even u bli 1000pcs...

byk lagi bentuk balang kaca tuh...kat sana u boleh pilih lg...mula2 i tak plan pun nak bli yg square, tp bila dah tgok pilihan kat sana, rambang mata plak..boleh la cuba tgok kat sana...

gudluck dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)