Thursday, November 28, 2013

Muntah sambil drive

Salam mummies :)
Pengalaman wawai, just happened lastweek masa otw balik ke kl dari sabak... drive dalam kl.. jln yg xde bahu jln nk brenti.. yg Allah, rasa nk muntah pulak. Terus grab plastik bag, tadah atas paha... smbil drive, sambil muntah.. tu la pkara yg org lelaki pon x leh buat kot...
Muntah ni bkn pkara yg senang.. perit, perut sakit, mata pejam.. kua air mata, hingus skli.. euuwww..tapi benar belaka k!. Lepas muntah, wawai mngis.. xtahulah nape.. mybe sedih kot... :P. Sepanjang pregnancy, jauh dr hubby..checkup pon sorg je... bgn pagi2 muntah pon sorg.. if ada hubby, dia bangun gosokkan belakang n sedia air kosong... rasa tabah sangat harungi sorang..
Sekarang ada alah baru... air liur keluar dgn banyaknye.. :((( tak sukeeee.. ada tak org mcm wawai? Bila nk tekan, rasa payau.. kenelah ready tisu byk2.. stressss ssngat.
Ok, ni gambar gora yg mnja.. sorry xdd kene mgena :P

Wednesday, November 27, 2013

jom beli rumah



salam smua, hai haii!

sekarang wawai dan hubby dalam process beli apartment. bukan apartment baru.. usia rumah ni pun dah 10 tahun. since 2002. rumah di KL, dekat LRT, tak besar pon, 750sqft saja, tapi harga?? 260K :0. okayyy, sabarrr. rumah2 kat area ni, memang jarang sangat yang 300K ke bawah.. bandar seri permaisuri, hot area tu :P. flat2 kat situ, boleh lah 200K ke bawah, tapi tak selesa sangat, rumah pun kecek espceally dapur.

rumah kami ni, sub-sale. beli dari sorang pakcik yang nak bersara, dia pun nak balik johor, kampung dia.. nak buat rumah tanah. kami dah tengok rumah tu.. so far okay, dah renovated dgn kitchen cabinet, plaster ceiling, wallpaper, bilik 2 dan 3 ada wall wardrobe dengan katil dan meja belajar yang fixed pasang. tapi, yela.. honestly not my taste, coz smuanya kayu..brown color. sekarang ni tengah fikir macamana nak ubahsuai kitchen cabinet tu... coz smuanya dari kayu, kayu jati ke apa, tak pasti. kalau boleh, nak la modern siket... kalau takleh tambah baik pulih, terpaksala roboh dan pasang baru... huuu,, duitttt...


macam dalam photo ni pun dah okay, acceptable la kayu kayan tu asal nmpak simple.. tapi yang sedia ada pakcik tu buat, memang nmpak cam restoran thailand yang klasik2 gituuu...

nanti tunggu wawai update bila kami dah masuk rumah tu k.. tak sabar nak jadi arkitek untuk rumah sendiri. selama ni jadi arkitek untuk rumah orang je!

Monday, November 25, 2013

cerita di blog tak sama dengan cerita di FB

salam semua.
ramai tak kat sini yang macam wawai... yang rasa cerita di blog lebih menenangkan hati dari cerita di FB.
first.. di blog, tak ramai yang kenal kita, means yang jumpa kita hari2.. honestly, kawan2 wawai rasanya xde yang follow wawai :P. tapi berbeza di FB. apa kita cerita, kawan2 terdekat yang hari2 jumpa tu pon tahu cerita kita.

setakat ni, wawai tak pernah lagi kongsi berita wawai got pregnant kat FB. kawan2 tak tahu, selain kawan2 office, bff...

kadang2 ada yg x puas hati ngan kita... pasal pregnancy, ada yg post pasal gambar scan baby la..ada yang post pasal air ketuban..owh no.. bla bla... ada yg boleh pk positif, ada yang cakap..."tu pon nak post keeeewww".. okay, mulut orang kan... so, wawai pon takut orang pk benda sama.

so, wawai pilih nak share di blog wawai je. coz kat sini, wawai ada kawan2 yang wawai tak kenal, tapi tetap positif untuk wawai :) lagi pun, blog ni macam diari..open diary yang nanti2 kite boleh baca...sweet gitttuuuuw.

esok, wawai nak gi check-up, tak sabar nak tengok baby dalam perut bonda ni. sihat ke dia... sekarang ni kerap kali bergerak...dah rasa dia ubah position. hari ni, baby dah hampir 11cm panjang, semoga makin besar ye buah hati bonda :)

Thursday, November 21, 2013

yeayy I got pregnant!

salam smua :)

okayyy, caption tu maybe untuk 3 bulan yang lalu!. sebab baby sekarang dah 4 bulan dalam tummy bonda :)
2013, ni prenancy kedua wawai. bulan 3 lepas skali, and bulan 9 skali.. kalau ikutkan baby masa bulan 3 tu menjadi, lagi 2 minggu dari date hari ni, bersalinlah wawai..heee. takde rezeki nak dapat baby tahun 2013. baby kami nak born in 2014 nii... alhamdulillah, wawai and hubby tak tunggu masa yang lama untuk dapat good news baru. selang 5 bulan je. alhamdulillah, tak tekata syukur pada mu ya Allah.

panjang perjalanan wawai nak dapatkan baby. tapi okaylah, setahun kami honeymoon berdua, pastu dapat tahu mengandung, best apaaaa... kan!



sejak kami nikah bulan 2 tahun lepas (2012), bulan 9 tu kami dah start jadi couple jarak jauh. wawai kat sabak bernam, and hubby kat KL. wawai akan balik seminggu skali je ke rumah sewa kitorang kat KL.

February 2012 - Kawen
September 2012 - start hidup berjauhan

February 2013- Got pregnant
March 2013 - Miscarriage (abortion)
August 2013 - Got Pregnant
November 2013 - 4 month Pregnancy 
September 2018- Divorced >.<

Bukan semua orang dapat rezeki ni kan. coz ramai lagi kawan2 wawai yang kawen and belum lagi preganant. tapi mostly memang dah dapat anak dah, ada yang dah anak 2! wowoo..

rezeki masing2. dan rezeki tu rahsia Allah subhanawataala. Wawai harap, baby kali ni, membesar dengan sihat, dan selamat lahir..May nanti!! yuhuhhhh alhamdulillah, terima kasih Allah.
pada sahabat yang masih menunggu, kene percaya pada rezeki. wawai tahu apa rasanya cz wawai pon pernah rasa menunggu tu... yang penting nasihat wawai..
makan jangan main hentam, elak makanan tajam mcm nenas, air kelapa, kiwi, tembikai.
lepas wawai keguguran tu, memang sangat berpantang makan, no fastfood, no meggi, no minuman gas, air kelapa tak minum, air tembikai minum masa period je...nenas, tak langsung. jaga2 lah... untuk suami pulak, pun sama, jangan minum air nescafe dalam tin, meggi, fastfood, sosej ke..yg tak sihat tu jangan.. cendawan (sebab sejuk).
sama2 lah kita usaha. wawai ni mudah serik... taknak dah kejadian dulu berulang. sedey sangat kkkk....


Thursday, November 14, 2013

macam-macam-macam

my preggy diary

sekarang ada alahan baru. ting ting. tak boleh bau orang memasak, terutamanya mcm paprik2.. or makanan bihun goreng yang ada lam polistrin/tapware, buka je terus muntah, ni nak cerita pun rasa nak muntah. sekarang jugak tak leh telan air liur :( pelik kann... dugaannnn

hanya Allah je yang tahu dugaan orang mengandung ni. pelik tapi benar...

alhamdulillah sekarang dah 15weeks. next week dah masuk bulan ke 4. cepat lah masa berlalu... hope baby kluar same birthday dengan bonda :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)