Tuesday, August 28, 2012

Gift n TQ Tag di Kuala Terengganu, ok tak?

assalamualaikum semua.

gembira betol dapat gembirakan orang lain. bila anggap sedekah, rasanya lebih baik. sama2 dapat pahala Insyaallah. smga semua pemenang contest Gift & TQ Tag Happy!! yeayyy

urm, nak cuba tanya2... agak2nya, kalau Gift & TQ Tag buat rental untuk wedding deco kat area KUALA TERENGGANU, dapat sambutan tak?? hehe...

sekarang ni, wawai tengah collect deco2 untuk jadikan perfect set untuk wedding deco. skrang ni tengah work hard untuk sorang customer Gift & TQ Tag. namanya Cik Nurul, dari putrajaya. dia mintak wishing tree set. so sekarang ni, tengah kumpulkan smua stuff, termasuklah ranting pokok. 

nanti dah siap, Insyaallah saya uploadkan teaser picture ;)

erm, orang KUALA TERENGGANU, cane???

Monday, August 27, 2012

Blogger Contest : Gift n TQ Tag- RESULT!

salam semua :)
STRAIGHT TO THE POINT
saya nak umum sape menang untuk Blogger Contest by Gift & TQ Tag.

hope smua dapat terima dengan hati terbuka...

1st place : 
Cik Ayong Zaid

2nd place:
Cik Mah


memandangkan ada 5 orang blogger saja yang join contest wawai yang tak seberapa ni... wawai nak kasi jgk hadiah kat 2 org lagi blogger yg join contest wawai ni :)
they are... Cik Noorliana & Cik Nurun.
hadiahnye ialah.. 30 pcs scallop TQ Tag (readymade design) dan 1 pc Button Special Gift & TQ Tag! hope korang suka :)

so, smuanya gadis2 cantek ni... tinggalkan contact number korang kat PM Page Gift & TQ Tag. bagi nama, nama blogger, no.hp, address, nama FB.  PM cepat tau! minggu ni jugak...



babai :)
salam sayang dari saya & hubby.
we're just come back from short vacation in Perth. 
Down Under place.
Selamat Hari Raya semua ;) 
terima kasih smua sebab sudi view page wawai...n sgt2 thanks coz join contest ni. jgn lupa promote n recommend kan Gift & TQ Tag pada kawan2, sdara mara n sesape saja!
You Go Girl!


 

Tuesday, August 21, 2012

Contest : Review Stage.

Blogger Contest
Gift & TQ Tag

okay okay... dah syawal ke tiga, Selamat Hari Raya smua.. bila saya godek2 entry contest saya...ada 5 orang cik adik yang join. 5 pun cukup la :)))

okay, ni list blog dan nama dan cadangan mereka..dannn... dan bacalah kalau sudi :)
saya masih dalam process penilaian :) hope semua dapat bersabar! maybe next week...


Cik Mah


1)  wawai boleh adakan contest like & share untuk B2B. Mana2 B2B yg dapat undian terbanyak akan dapat hadiah misteri dari wawai...dengan cara ini,cik mah dapat byngkan Gift & TQ Tag akan semakin berkembang dan B2B lain serta mereka yg like & share  akan tau tentang Gift & TQ Tag.

2) wawai jg boleh adakan kuiz untuk semua kawan2 wawai di FB Gift & TQ Tag.disamping wawai menarik lebih ramai kawan2 untuk join mereka akan lebih mengenali Gift & TQ Tag.Selalunya kuiz mengenai Gift & TQ Tag atau mengenai apa2 yg wawai suker.Tips cik mah kan ,kuiz yg akan hanya mengambil masa ksehari atau hanya beberapa jam...so dngn cara ni ramai akan berebut2 nk join..hehe...amboi..mcm marketing manager plak cik mah ni...

Cik Nurun
1. Pada pendapat saya, Cik Wawai kene rajin blogwalking ke blog B2B (sekarang ramai orang buat blog untuk share persiapan kawin diorg kn). Then Cik Wawai tinggalkan komen kat entry. Ajak diorang join contest ni. Kalau tak join pun, mungkin ada yang berkenan nak order dengan Cik Wawai. ^__^
2. Lagi satu, Cik Wawai boleh iklankan dalam majalah Pesona Pengantin @ Inspirasi Pengantin. Iklan kecik pun ok. Sebab saya tengok tak banyak iklan pasal servis TQ tag ni dalam majalah.

Cik Noorliana
1.Mengadakan lagi GA ,6 bulan sekali ke...sebabnya dengan GA ini blog wawai akan lebih dikenali oleh para B2B,macam saya...sebelum ini saya tak tahu kewujudan blog Miss wawai,

2.GA melalui Fb,yelah ramai yang ada fbkan,B2B pun ramai yang tak ada blog...melalui share dan Like ,ramai lagi yang akan tahu kewujudan Gift & Tag...

3.Memperbagaikan product seperti untuk accessories pre-wedding photo,Custom made Kad kawin.

4.Gift &  Tag Join dalam pameran pengantin, dari situ akan menjadi bualan mulut orang ramai.

Cik Nana
. Cik Wawai kena banyakkan promosi segala perkhidmatan yang ada di Gift & TQ Tag. Contohnya Cik Wawai boleh adakan kuiz di Fan Page Gift & TQ Tag dan blog Cik Wawai. Buat kuiz "LIKE, SHARE & WIN". Secara automatic, mereka yang belum mengetahui kewujudan Gift & TQ Tag sudah pun like fan page tersebut. :)

2. Sekarang ni zaman IT & teknologi. Jadi Cik Wawai tak perlu nak buat flyers dan edarkan kepada orang ramai. Blog dan website juga salah satu cara untuk membuat promosi. Contoh, Cik Wawai boleh buat giveaway untuk bride-to-be yang memang gilakan GA. HEHE. (cut cost katanya). Bila buat GA tu, Cik Wawai minta mereka yang join tag kepada kawan-kawan mereka dan pastikan mereka yang di tag tu tahu. Dan, diwajibkan LIKE fan page Gift & TQ Tag. InsyaAllah ianya akan membantu serba sedikit mengembangkan Gift & TQ Tag.

Cik Ayong Zaid
1) GIVEAWAY/CONTEST.
Macam yang wawai buat sekarang ni, ok dah..cuma ayong nak cadangkan kalau buat giveaway ni cuba pelbagaikan hadiah untuk lebih ramai menang, jadi semangat untuk orang joinkan diri lebih tinggi..the more the merrier right??hehe...hadiah tak perlu yang mahal-mahal pun takpe, contoh macam wawai offer nak buatkan design secara percuma ke, diskaun meletup ke dan lain-lain..giveaway ni memang sangat membantu untuk kembangkan bisnes sebab siapa taknak benda free dan murah kan..hehe..lagi satu, cuba selalu buat giveaway, sebulan sekali ke, so fanpage atau blog akan sentiasa meriah..macam ayong cakap tadi, hadiah tak perlu nak high cost sangat..sebab kalau setiap GA nak bagi hadiah mahal-mahal, bankrup pulak kan...hehe...pastu mintak la jasa baik pemenang atau customer buat review tentang produk Gift & TQ Tag, kalau ada blog buat blog review, kalau ada fb je boleh share kat wallpost...produk berkualiti insyaAllah review mesti terbaek!! hehe...secara tak langsung, info pasal produk Gift & TQ Tag ni tersebar....ok, dah alang-alang cerita pasal giveaway, ayong nak cadangkan buat GIVEAWAY LIKE, TAG, SHARE & WIN kat facebook..biasa kita dengar LIKE, SHARE & WIN je kan?
Cara-caranya:

  • LIKE, TAG, SHARE & WIN ni buat giveaway, letakkan syarat kena like fanpage, pastu share pic produk, siapa-siapa nak join kena tag nama sendiri kat pic yang kita share tu, pastu diorang pulak kena share pic tu...dan semestinya siapa cepat dia dapat tag, ni dinamakan TAG RUSH! sebab kat facebook dia limitkan bilangan boleh tag..kalau nak lagi ramai yang join, share beberapa pic untuk diorang tag dalam satu giveaway..
  • kalau ada lebih banyak masa melayari facebook pun boleh tetapkan masa, buat announcement macam ni, "dalam masa 15 minit lagi, akan share beberapa pic, bersedia untuk tag dan menang, lagi banyak tag, lagi tinggi peluang untuk menang!" kalau memang mengadap fb je, share pic sebagai contoh tu setiap 15 minit ke, setengah jam ke...so, diorang boleh set jam...hehe...
Kelebihan:
  • bila buat macam ni kalau yang betul-betul berminat nak menang, mesti bertambah fokus kat fan pageGIFT & TQ TAG, tunggu peluang nak tag dan menang! sementara tu diorang boleh la usha-usha page kita kan...hehe...
  •  secara tak langsung bila buat macam ni, kita sendiri akan share pic-pic produk kita, orang lain yang join pun akan tolong share pic tu untuk kita dan pic kita tu akan ada dalam album setiap orang yang join sebab diorang tag nama sendiri dengan sukarela..tak payah nak susah-susah tag ramai-ramai sendiri secara paksa rela untuk bagi diorang perasan pic produk kita tu, sebab ada yang tak suka kan kalau kita suka hati tag diorang..
  • last but not least, mesti lagi happening sebab masing-masing berebut nak bagi sempat untuk tag sebelum penuh..hehe...
  • ayong rasa GIFT & TQ TAG sesuai buat macam ni sebab target customer luas, produk dan perkhidmatan yang disediakan sesuai untuk macam-macam event....

~ayong dapat idea ni melalui fanpage Habib Jewel..bolehlah usha page tu untuk lebih faham~
2) TINGKATKAN RANKING BLOG GIFT & TQ TAG DI GOOGLE SEARCH.
Almaklumlah orang sekarang kan semua di hujung jari je, nak cari apa-apa semua google je..so ayong nak cadangkan wawai buat bagi tingkatkan ranking blog atau fanpage wawai kat google search...contoh macam kalau kita taip 'gift' je, blog atau fanpage Gift & TQ Tag akan ada kat toplist dalam google search..ayong dapat idea ni dari adik ayong dia kerja dengan company yang handle projek untuk tingkatkan ranking website ni, tapi yang ni untuk company besar la, budget mungkin tinggi sikit...tapi ayong ada jumpa satu video ni yang ajar macam mana nak buat, bolehlah usha-usha, kot-kot membantu...
MENINGKATKAN RANKING WEBSITE GOOGLE
~untuk maklumat lanjut, bolehlah tanya pada yang lebih pakar dalam bidang IT ni~




Thursday, August 9, 2012

Blogger Contest by Gift n TQ Tag

salam semua :)
This is my first trial on Blogger contest.
tak kiralah berapa orang yang akan join, saya still akan pilih pemenang... kalau sorang yang join, means dialah yang terima hadiah No.1 tu :)



Term & Condition

www.facebook.com/gift comel  (click on this image)

2- Buat entry bertajuk...  " Blogger Contest by Gift n TQ Tag ". paste kan Logo kat atas ni, 
then copy term & condition 1-5 ni..

3- Paste kan link entry anda tu kat ruangan comment kat entry 
‘ Blogger Contest by Gift n TQ Tag’  di blog wawaiyus.blogspot.com ni...

4- Tarikh tutup contest ni ialah 1 syawal.

5- Then, last skali, berikan 2 cadangan untuk saya kembangkan Gift & TQ Tag...
tak kiralah apa pun... mana2 cadangan yang paling best, saya akan umum dan contact mereka :)))


babai :)
Wawai Yus.







July-August Order

visit me at Gift & TQ Tag






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)