Tuesday, October 29, 2013

orang yang menjaga kita ketika kita sakit


sepanjang 3 bulan pertama mengandung anak pertama, macam2 dugaan morning sickness yang teruk. berkali-kali berulang masuk hospital. raya haji pun hampir2 dihospital. siapa yang menjaga, kalau bukan si suami yang setia di sisi. pagi2 je wajib muntah. dia yang sambung tidur akan terus terjaga tenangkan wawai. lepas satu plastik, kmudia plastik lain dia sediakan, sebab tak larat nak ke toilet.

waktu nak pergi check urine, dia juga yang tolong papahkan, sebab badan langsung tak bertenaga nak bangun. masa drip air, dia juga yang ke hulu ke hilir cari makanan, macam2. pau la.. kaya ball la..

segala apa urusan rumah, dia yang uruskan. dari basuh toilet, basuh pinggan mangkuk, menyapu lantai, basuh baju, jemur, lipat... semua dia...

terima kasih hubby. semoga anak ini pun rajin macam walidnya :)

Friday, October 25, 2013

Bercuti di Krabi- 2nd day

pagi2 lagi kami dah bangun, sebab nak pergi trip package 4 islands tu. org tu cakap nak datang pick-up at 8.30. so kami ready kat hotel je... pagi2 lagi, keluar cari breakfast kat muslim street. ada org jual ayam goreng, so belasah je apa yg ada. harganya dalam rm2 camtu, normal la kann..

so, if korang pergi trip naik speed boat ni, jangan lupo bawak/pakai ni...
1- tuala kecik- untuk lap n tutup muka.

2- sun block
3- pakai sluar longgar tapi tang pinggang ketat (tkot terlondeh lak. hiks)
4- baju gelap. supaya tak nampak benda tak spatutnya :P
5- asam kasi hilang loya laut/mabuk laut
6- water proof bag untuk letak barang penting. (ada jual kat sana- harga dalam 300b camtu)

kitorang naik boat ni kat satu tempat, smua org naik kat sni, coz tak boat n kapal tak boleh brenti sesuka hati. sebab nak jaga kebesihan pantai jugak sbnarnya.
so masa wawai naik boat tu, ada org malaysia lain jugak, 1 family yang havoc gituu..and selebihnya mat saleh. satu boat dalam 15-20 orang mcmtu.. speed boat laju sgt. tengah laut tu, air laut terpercik2.. smpai masuk mulut smua.. so kene lah bawak tuala kecil untuk tutup muka. hubby wawai tak habes2 tolong lapkan muka.. bila boat langgar ombak je, terus cepat2 tutup muka wawai, so sweet gituuu.. yg family dari malaysia ni tak habes2 suka menyakat, dorang cakap kitorang baru kawen..bla bla... nyebok je kannn :P

setengah jam jugak nak smpai ke pulan pertama. bila dah smpai, subhanallah, cantiknyaaa... ikan nampak kat permukaan air. so kami turun untuk snorkeling. woow, ni 2nd time wawai snorkeling after fail plus tak reti masa kat pulan perhentian dulu. 10 tahun lepas :P

20 minit partu, kitorang kene panggil naik.. pastu gi 2nd island.. phi-phi island tak silap.. pergi untuk makan tengahari je.. then tengok2 pemandangan je..

then kitorang gi monkey island, bagi pisang dari atas boat je. then ke poda island... snorkeling lagi dalam 30 minit... then dalam kol 4 cmtu kitorang balik. penat lah naik speed boat ni.. huuuuu..balik hotel, mandi then tdooooo...ZZZzzzzZz penattttt.


petang tu kami sewa lagi motor. kali ni ambil scoopy plak, hari2 sewa moto berbeza :)
moto sangat cantik kat sini, baru2 plak tu. rugi lah tak merasa.
kat krabi ni best.. boleh naik moto sesuka hati... hehe

aktiviti kami kat sini memang leasure je. makan2 paling banyak, mandi laut, tengok sunset..jalan2 kat stall sourvinir yg berderet je tepi jalan... then duduk tepi pantai borak2 ngan hubby. best..hi;ang stress!

to be continued...

Tips Bercuti di Krabi, Thailand

Hi Peeps!
ni vocation wawai bulan 5 lepas. wawai n hubby pergi 20-24 may 2013. Krabi ni best.. nak tahu kenapa best..kenelah baca entry wawai kali ni ;)

ni, wawai cerita dari mula, smpailah balik ke Malaysia balik k :) hope dapat bantu kawan2 yang bercadang nak ke Krabi! before that, total wawai n hubby pergi krabi ni. tiket flght (2 person-pergi balik) & hotel..dalam rm900.00 sahaja. 4 malam, 5 hari :)

20 May 2013
Flight dari LCCT pukol 7 pagi. smpai di Krabi, sejam kemudian... waktu di Krabi, 7 pagi. WOWWW. pergi pkol 7, smpai pon kol 7 :P. tak sempat panas bontot dalam air bus, dah poonnn smpai.
sampai kat airport krabi...imigrasen kat situ cam kerek siket. tegur2 org, tapi cam garang je. so elakkan dari ditugur k :D. if korang nak gi Aonang, naik bus 200baht je sorg. so gi berdua, 400b. if naik taxi, 600b satu kereta. so if gi ber3, baik ambil taxi... tiket kene beli kat airport, ada tempat beli tiket. if beli tiket bus, tunggu bus dulu.. but okay je sebab ramai orang. if taxi, boleh gerak trus.

wawai n hubby naik taxi. coz tak tahu masa tu yg bus pon leh naik. kejap je pon tunggu. naik taxi... tengok kiri kanan...environment thailand ni, sama je ngan Malaysia.. tapi, SAMA TAPI TAK SERUPA. banyak mesin ATM tepi2 jalan. stand alone je.. banyak jugak pam2 minyak yang layan diri. tak pulak kene rompak kannn...
dalam perjalanan ke Aonang, hampir 30-40 minit dari airport...driver taxi akan brenti kat egen pelancongan. dalam satu office tu ada few agent. so dorang offer la kite buat apa2 masa kat aonang. contoh, gi bkayak ke..gi water pring ke...gi 4 islands ke.. dgn pakage2 tertentu. harga pun beza... so wawai n hubby ambik package 4 islands.. naikspeed boat and visit pulayuu2 kat sekitar aonang. harga 1700b seorang. fuuuu rm170 tuuu. so, esok hari, wawai n hubby join package gi phi-phi island, chicken island, poda and tak ingat satu lagi :P

so lepas tu sambung lah naik taxi ke hotel. wawai dah booked hotel siap2. kami duk kat Aonang All Season Beach Resort. rate dalam rm87.00 semalaman. wawai booked kat airasiaGo. so duduk kat sana 3 malam je. coz last night plan nak duk kat krabi town. Plan je laa...
hotel ni memang dekat ngan pantai.. tapi semua2 hotel pon dekat sebenarnya.. wawai rate hotel ni 6/10. coz ada bau2 tak myenangkan. bau payau.. coz ada parit kat belakang. euwwww :P
smpai je kat hotel, dah boleh check in trus. smpai je, terus baring kepenatan konon. sejam jugak la warming dalam bilik, barulah kami keluar tengok luar... alhamdulillah, dekat2 hotel ada kedai sewa motor, so kami ambil la moto sebiji. sewa motor 24 jam, 200b. tu memang rate ok, jgn tertipu... so if ambil 11 pagi, hantar balik 11 pagi esok nya. kene cagarkan passport kita kat kedai tu..

permandangan petang hari

ni banana pancake dan cheese pancake. sangan sedap! beli kat muslim street. ada satu tempat tepi jalan, hawker muslim buka kedai, jual macam2 termasuklah nasi goreng, live goreng kat situ :)

sedang isi minyak scoopy kami! :)

beli teh ais yang sangat sodaaappp!


to be continued....


Monday, October 21, 2013

Duhai Anak

Duhai anak yang baik,
harapan bonda agar dikau menjadi anak yang soleh, taat pada perintah agama.

Duhai anak,
sakit yang bonda lalui sekarang ini, tidak ada apa-apa dibanding dengan harapan walid dan bonda menunggu berita kehadiran mu di dalam rahim bonda ini.

Anak, bonda mengharapkan mu mengharga pengorbanan ibu dan ayah. mengandungkan mu, menangis setiap kali perut ini bergelora menahan perit muntah alahan mengandung.
setiap pagi, air mata pasti mencurah di pipi, manahan senak di perut. Bonda belum tabah dan kuat. terbaring di tilam, terkebil mata menahan sakit kepala. tak mampu berbuat apa. seluruh anggota berasa lemah. bangkitpun hanya untuk membersih diri dan solat.

anak, bonda jauh dari walidmu. bonda perlu lebih kuat walaupun terkadang terasa terlalu longlai. pabila berada dirumah kerana cuti sakit yang panjang,
terkadang ibu kesian, mengarah walid mu melayani setiap kerenah pemakanan bonda. kesian melihat walid berkoraban untuk bonda, ke sana, ke sini mencari makanan yang boleh bonda makan... membasuh pinggan mangkuk sendiri, mencuci dan menggosok pakaian sendiri.. bonda tahu itu bukanlah kerja dan rutinnya. terima kasih walid kepada anakku.

setiap hari menapak diri di tingkat 4 pejabat. bergerak ke bilik kelas untuk mengajar. terkadang pening menahan muntah. stress dan tertekan dengan kerja-kerja yang dahulunya mampu ditampung.

duhai anak soleh, membesarlah di dalam rahim bonda ini dengan baik. setiap hari bonda membaca tentang mu. apa yang kamu lakukan di dalam, sebesar manakan ukuran sizemu, apa perlumu... setiap hari ibu punya diari tentang mu, anak.

Anakku yang menghormati orang tua,
terkadang bonda malu meminta pertolongan rakan-rakan membelikan itu ini, membuatkan itu ini untuk ibu...
terkadang bonda segan, kerap kali jarang dilihat di pejabat sana...
terkadng bonda serba salah, untuk meninggalkan kerja dan mengambil cuti sakit yang lama...

Anakku, sejak usiamu 6 minggu di dalam rahim bonda, bonda pernah pitam di pejabat akibat tiada tenaga. maafkan bonda duhai anak, bonda membahayakan nyawamu di dalam.
sepanjang usiamu 10 minggu di dalam rahim ini, seban minggu bonda ditahan di hospital, dimasukkan air akibat kurang tenaga dan gula dalam badan. bonda pernah ditahan wad kerana kondisi bonda yang boleh mengancam nyawamu. maafkan bonda, anak.
teringat ketika itu, walidmu menemani bonda ketika di wad kecemasan, kemudian beralih ke wad ibu mengandung. walidmu terpaksa pulang ke kuala lumpur meninggalkan bonda keseorangan. bonda bosan, dan sunyi. tetapi bonda sangat bersyukur, setiap titis air yang masuk ke badan bonda, memberi bonda tenaga untuk disalurkan padamu. Anak, apa sahaja sanggup bonda lakukan untukmu.

Duhai anak,
hanya ibu-ibu yang pernah mengalami smua ini kan faham betapa peritnya pemulaan mengandung ini. tetapi kami gagahkan jua untuk melihat anak lahir ke dunia, tambahan pula di kau anak pertama bonda dan walid, cucu pertama, nenda.

Anakku yang baik dan berbudi pekerti,
membesarlah dengan baik. sihat lah didalam rahim ibu. jadilah anak yang baik kelak.

Thursday, October 10, 2013

memperkenalkan, this is Gora

Go go go Gora.. Go go GORALENA!!

demok tak tucin wawai?
tarikh lahir Gora 1 March 2013. n sekarang, Gora dah 7 months. yeayy.. besar dah gora mama kan :D
the onlu cat in my house, sangat manja n mengada-ngada. kurang kasih sayang ni...sbb selalu ditinggalkan.. smua org kerja kan. but malam, papa teman dia kat rumah..nakal sangat. panjat sini, pnjat sana.. garu sini sana. grrrr, habes bean bag tembosss!

Gora, tak sabar nak tengok awak jadi mummy cat. tahun depan mama carikan partner awak k. yg hensem melatop gituuu. we love you Gora :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)